Wednesday, May 26, 2010

COKLAT


Hari ni VS nk cite pasal coklat..VS dulu memang x suke coklat langsung...tapi sekarang dah jadi hantu coklat pulak. kisahnya masa kat tempat keje lama dulu ada sorang mamat hantu coklat...hari-hari kirim VS beli coklat pasal dia malu nak beli sendiri...apehal lak malu nak beli? sebab katanya mana ada lelaki makan coklat. ye ke tak de? ada tu ada tapi tak ramai yang suka kot..lagi pun coklat ni kan manis..VS mula-mula dulu kembang gak tekak makan pasal manis kan..tapi bila tengok dia menikmati tu sampai tak ingat dunia..VS try la..bila dah hari2..dah jadi ketagih lak...apa yang VS nak kongsi ni ialah kebaikan coklat..mungkin ramai yang dah tau...tapi bagi yang tak tau tu..ni kebaikan dia..

Lemak koko dalam coklat mengandungi 38.2% asid oleik iaitu sejenis asid lemak tidak tepu yang berperanan merendahkan paras kolesterol di dalam darah.

Sementara asid sterik iaitu asid lemak tepu yang terkandung di dalam lemak koko pula mempunyai kesan neutral terhadap paras kolesterol.

Mengandungi bahan anti-kerosakan gigi seperti tannin, kasein dan asid oksalik.

Tannin ialah sejenis bahan yang menghalang pembiakan bakteria yang akan membentuk plak dan asid di dalam mulut. Asid yang terhasil daripada proses pemecahan makanan oleh bakteria merupakan punca kerosakan gigi. Plak adalah sisa-sisa makanan yang melekat pada gigi akibat tindakan bakteria.

Kasein di dalam coklat sus pula bertindak mengurangkan kerosakan gigi dengan menghalang pertumbuhan plak dan seterusnya mengurangkan pengeluaran asid.

Kasein juga membantu dalam pertumbuhan gigi.

Asid oksalik merencatkan pengeluaran enzim bakteria dan seterusnya menghalang pengeluaran asid.

Itu kalau bab zat..Coklat juga menyumbang kepada kecantikan..kandungan anti oksida dalam coklat dapat melambatkan penuaan...wahhh..kira sape makan coklat selalu..boleh awet muda...huhuhu...

Coklat juga boleh menenangkan fikiran...ini kerana coklat mengandungi zat-zat yang akan memberi tindak balas kimia didalam otak...zat-zat ini meransang aktif serotonin didalam otak dan seterusnya akan melahirkan perasaan tenang..

Coklat juga dapat meningkatkan ghairah seksual.

Coklat sebagai pengganti ubat sakit kepala..ini memang VS akui..Kalau sakit kepala kita makan coklat atau minum hot coklat...sakit tu akan beransur-ansur pulih...

Jadi..jangan la takut nak makan coklat..tapi biarlah berpada-pada...hehehe...takut nanti butang x boleh nak cantum pulak...hehehe...



No comments: