Thursday, July 8, 2010

KEWANGAN

4 TAHAP KEWANGAN.

Hari ni VS nak berkongsi tentang tahap kewangan...jom kita tengok di tahap mana kita berada..1 2 3 atau 4...

1) KEWANGAN TIDAK SELAMAT


Anda di tahap ini bila tidak mempunyai simpanan apa pun.Dalam erti kata lain simpanan anda hanya mampu menyara hidup anda sekeluarga selama sebulan sahaja. Sekiranya anda hilang kerja esok...wang yang ada hanya mampu bertahan selama sebulan.

Tahap ini amat tidak selamat. Boleh diumpamakan kais pagi makan pagi..kais petang makan petang. Namun tidak di nafikan memang ramai diantara kita yang berada di tahap ini. Jadi...lakukan sesuatu untuk memperbaiki tahap kewangan anda.


2) KEWANGAN SELAMAT



Ini adalah keadaan yang lebih baik. Sekiranya anda hilang pekerjaan..anda mempunyai simpanan untuk menyara hidup anda dan keluarga selama 6 bulan...6 bulan merupakan masa yangt cukup untuk anda memdapatkan sebarang pekerjaan. Sekiranya anda berada ditahap ini...TAHNIAH...


3) BEBAS KEWANGAN



Ini adalah matlamat ramai tetapi amat sedikit yang berada ditahap ini...sekiranya anda berada ditahap ini anda bebas memilih samada untuk bekerja atau tidak...anda mempunyai simpanan ataupun aliran pendapatan secara automatik yang cukup untuk menyara hidup anda dan keluarga sampai bila-bila.

Tahap ini anda tidak perlu bekerja lagi...tetapi ramai yang masih meneruskan kerjaya kerana berasa seronok bukan kerana terpaksa....tips untuk mencapai tahap ini ialah fikirkan aliran pendapatan berganda secara automatik...menceburi sektor hartanah seperti membeli rumah dan menyewakan kepada orang lain.


4) TAHAP SELESA IAITU KAYA


Agak kurang individu yang dapat mencapai tahap ini...mereka ini mempunyai wang yang banyak sehingga tidak terpakai wang yang dimiliki..Alhamdulillah sesiapa yang berada ditahap ini.


Jadi cuba kita lihat ditahap mana kita berada...



6 comments:

fairuz said...

nak rmh yg no4 tuh. hikhikhik

Viva Sakura said...

bolehhh...hehehe...

NARDtheNERD said...

i macam tahap 2 je..hehehe~

Viva Sakura said...

bagus2..trus kn usaha tuk sampai tahap 4...hehehe

♥cutebabygirl♥ said...

owh. sy x selamat. ;(

Viva Sakura said...

x pe cutebaby..kite usaha g tmpat selamat..hehehe